Monday, February 7, 2011

Pemimpin dan Agama

Saat ini saya ingin menghuraikan tentang 2 elemen yang terbentuk setelah saya mengamati beberapa perkara dalam kehidupan seharian. Ternyata dalam banyak-banyak elemen yang wujud di persekitaran, terlintas kedua-dua elemen di atas sebagai tajuk perbincangan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya, dan semoga Allah menambahkan lagi ilmu kita untuk baja tanaman dunia, dan hasil tuaian akhirat.

Saat bergelar pemimpin, saya ingin kenalkan anda dengan seorang pemimpin yang banyak berjasa pada anda, pemimpin yang telah memandu hidup anda sekian lama, pemimpin yang bertanggungjawab atas kejayaan dan kegagalan anda. Siapakah pemimpin itu? Izinkan saya ambil masa anda dalam 2 minit. Dapatkan cermin, dan letakkan di hadapan anda. Lihat ke dalam cermin itu, wajah siapa yang kelihatan? Nah, itulah dia wajah pemimpin yang saya maksudkan sebentar tadi. Benarlah dia yang memimpin anda selama ini bukan? Segala keputusannya mempengaruhi hidup anda. Saat anda berjaya dan gagal, si pemimpin itu tadilah yang merencanakan hidup anda. Anda adalah pemimpin! Setidak-tidaknya pemimpin pada diri anda sendiri. Mahu tidak mahu, anda mesti memimpin diri anda jika tidak mahu ‘kapal’ anda karam di tengah lautan. Itulah ibaratnya hidup ini, jika tiada persediaan, tiada ilmu yang cukup, tiada jiwa yang berani, anda tidak akan mampu meredah walau ombak kecil sekalipun kerana takutnya kematian, sedangkan kematian itu tetap hadir pada masanya, tidak berubah walau satu saat pun. Maka apa persediaan anda wahai pemimpin? Persiapan kematian perlu diperhebatkan!

Sekarang lihat pula sekeliling anda. Anda adalah pemimpin diri anda bukan? Sekarang lihat bagaimana kehidupan masyarakat sekeliling anda. Adakah mereka juga pemimpin yang berjaya? Jika tidak, apa yang perlu anda lakukan? Kuasa kepimpinan jangan disia-siakan. Anda mesti mengubah kegagalan mereka untuk kejayaan masa hadapan. Bagaimana caranya ingin mengubah mereka sedangkan mereka juga adalah pemimpin? Hanya satu caranya-kembalikan semula semuanya kepada AGAMA!

Sekarang kita telah memasuki elemen kedua iaitu agama. Sesungguhnya agama yang diredhai Allah adalah Islam. Terang dan jelas, ayat itu dengan mutlaknya meletakkan Islam sebagai satu-satunya agama yang diredhai Allah. Lihat kembali kitab-kitab Islam, ternyata sebesar-besar urusan sehingga sekecil-kecil perkara di ajar dengan teliti dan diperbahaskan panjang lebar. Untuk siapa semua itu kalau bukan untuk kita umat Islam. Maka tugas kita sebagai pemimpin adalah untuk membawa risalah itu kepada semua makhluk Allah, agar mereka menerima ilmu Islam serta dikurniakan hidayah oleh Allah, insyaAllah. Ayatnya macam mudah, tetapi perlaksanaanya berliku dengan ujian dan kepahitan, tapi percayalah di sebalik semua itu tersembunyi satu kenikmatan yang tidak terhingga, bahkan segala ujian itu kelihatan kecil jika dibandingkan dengan nikmat yang bakal diterima kelak. Sesiapa yang membantu agama Allah nescaya Allah akan membantunya dan meneguhkan kedudukannya. Itu satu janji daripada Allah yang tidak ada ragunya lagi.

Semoga kita bertemu lagi untuk perbincangan seterusnya...

By : Mohd Hafiz bin Zainuddin

3 comments:

  1. Salam. .
    setiap orang adalah pemimpin kepada diri sendiri.. betul as you stated above. . ok..now i want to ask,why certain people b0leh pimpin org lain for example can be a president for a club or pertubuhan@persatuan but dalam masa yg sama dia melakukan kemungkaran. .as example,,what happen in front of my eyes. . he is one the president one of persatuan in my university but baru2 nie i know that he know one girl and kept communicate with that girl without any reason and i'm sure that you also agree with me that ikhtilat in Islam can happen if there are a strong reason otherwise IT CAN'T BE HAPPEN!right?and what is your opinion about perkenalan,bersembang in laman sosial?
    saya harap saudara memberi pendapat saudara tentang hal ini.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. wasalam khazinatul asrar =)
    bagusla awk alert dgn mslh cmni...brkaitan persoalan tu,mmg ikhtilat kena selalu jaga,dan sepatutnya pergaulan lelaki dan prmpuan tnpa sebab perlu dielakkan...sebaiknya kalau urusan kerja sekalipun kena hati-hati especially bila melibatkan lelaki. dlm perbahasan ikhtilat mmg panjang,tapi secara ringkasnya jauhi pergaulan yg blh menimbulkan fitnah dan boleh mendekati zina. selalunya org terlepas pandang soal zina hati.sy sndiri bila hndle team di universiti sy mmg byk ujian,n kdg2 kite pun leka.bersembang di laman sosial takde beza mcm brsembang biasa,tetap kena jaga. wlpn tak nmpk muka,tapi hati blh teraniaya. sama jgk dlm fon or msg..kita tak selesa bile tgk student tak jaga adab prgaulan,tapi klu kite sndiri blum mmpu nk jaga,cmne nk nasihatkn org kn. smuanya bermula dgn diri sndiri,kmudian org skeliling. insyaAllah moga Allah berikan kekuatan utk kita hadapi diri sndiri dan org lain...

    -sekian drpd hambaNya yg jahil dan lemah-

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete